Terma Pengunaan, Dasar Maklumat Peribadi


Dompets tidak menyimpan sebarang data yang membolehkan identiti anda dikenali.

Dompets berfungsi

1. Memudahkan anda berkomunikasi terus dengan rangkaian Bitcoin
2. Boleh menerima dan menghantar Bitcoin

Dompets tidak menyimpan email dan katalaluan anda. Ianya hanya digunakan untuk menjana pengenalan unik untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan rangkaian Bitcoin.

Oleh itu pihak Dompets tidak boleh menukar email dan katalaluan anda. Jika anda lupa email atau katalaluan, pihak kami tidak boleh membantu untuk mendapatkan semula Bitcoin anda.

Keselamatan Dompet Bitcoin
Bitcoin adalah asset digital. Oleh itu sebarang asset digital sentiasa diuji dengan pelbagai serangan dari pengodam. Adalah tanggung jawab anda

1. Untuk memastikan peranti yang anda gunakan selamat.
2. Mengunakan kombinasi kata laluan yang kuat
3. Tidak berkongsi kata laluan
4. Mengamalkan apa sahaja langkah keselamatan yang perlu untuk memastikan akses peranti, email dan kata laluan tidak diperolehi oleh orang lain.

Akses Kepada Bitcoin
Pihak DMPTS tiada sebarang akses kepada Bitcoin anda. Hanya email dan katalaluan anda boleh mengakses Bitcoin anda.

Kehilangan Bitcoin
Pihak DMPTS tidak bertanggung jawab keatas sebarang kehilangan Bitcoin anda. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan persekitaran selamat digunakan. Kerana pengodam semakin canggih, sentiasa ada kebarangkalian kami akan digodam. Dompet Bitcoin yang terbaik adalah dompet yang tidak berhubung dengan Internet seperti "paper wallet" dan "hardware wallet"

Caj Penggunaan
Tiada caj dikenakan untuk menerima Bitcoin. Caj dikenakan untuk menghantar Bitcoin. Caj tersebut ialah "miner fee" dan caj pengunaan DMPTS. Caj ini dinamik kerana ianya bergantung kepada kos "mining" yang sentiasa berubah-ubah.